Tajuk lakaran saya kali ini ialah "Pemimpin Malaysia". Sebagai warganegara Malaysia, seharusnya saya menggenali pemimpin-pemimpin negara ini. Malaysia ditadbir oleh barisan kabinet Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pentadbirannya bermula dari tahun 1957 sehingga tahun 1970. Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Hal ini dikatakan demikian kerana tahun 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh penduduk Malaysia sebagai tarikh kemerdekaan rasmi. Seterusnya, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato Sri Najib, Tun Dr. Mahathir dan yang terkini, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dikenali sebagai "Abah". Iklan: Potret komisen digital. Lukisan ini saya hanya menetapkan upah sekadar kemampuan orang yang meminta untuk dilukiskan muka mereka dengan menggunakan telefon pintar. Harga untuk seorang dilukis sebawah RM30,
Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam terkenal di Malaysia dalam bidang permintaan dan penawaran. Mempunyai minat yang mendalam terhadap lukisan samada konvensional atau digital.